Pakai Spek Itu Hensem weh!

masa sekolah rendah dulu,
sape-sape yang pakai cermin mata boleh dikatakan 'smart' ah...
tak pakai cermin mata, kau memang tak cool ah...
jadi aku terikut-ikut ngn diorang, pakai cermin mata=smart/cool/hensem/bergaya

jadi nak ada 'spek' kita kena rabun, boleh bagi alasan kat mak bapak, tu taktik supaya kita dapat spek,
doktor pun $$ __  $$ la, apa lagi kan...
Jadi~ aku pernah bercita-cita nak rosakkan mata(rabunkan!),
kau tu! yang pakai baju biru tu! mesti penah buat kan? kan ? mengaku cepat~mengaku cepat~
Serius, aku pernah buat dulu...
macam tengok matahari !
tengok TV dekat-dekat !
pegi pakai Spek mak abah aku ! dengan harapan mata akan rabun secepat mungkin

Tapi semua tu tak berhasil, mata tak rabun pun,
last-last boring...teruskan kehidupan tanpa cermin mata
sekarang aku dah besar panjang, baru terfikir bahawa pentingnya mata ni,
tak semua manusia nak mata rabun.

Kesimpulannya, kita kena tau bahawa terseksanya orang yang terpaksa pakai cermin mata,
yang paling teruk! kena buat rawatan mata setiap bulan la hape la, tak membazir ke tu?

P/S: apa-apa pun manusia yang paling sengal adalah orang yang pakai Spek tapi takde cermin,
bingkai saje siot...
terasa bangang sedikit disitu#

adakah memakai spek camni wajah akan bertambah hensem?
sudah tentu tak! bergantung pada wajah la jugak... 

tak kan dr. rozmey pakai spek ni ko nak kata hensem...muahahaha
( kalau ramai rasa camtu... mesti ramai dah bedal spek ni dengan beranggapan wajah akan hensem... :D )