Result Ohh Result!


Assalamualaikum ^_^

Result PMR(Penilaian Menengah Rendah) hari rabu bersamaan 19.12.12 ni dah keluar,tapi aku masih confius.Betul ke?betul ke?.Debaran kian terasa,aku harap aku dapat membanggakan parents aku dengan result yang cemerlang.Ya Allah,ku mohon kepadaMu.Berikanlah aku kejayaan dalam PMR.Aku tidak mahu menghampakan mereka.Aku berharap Engkau makbulkanlah doaku ini.Aku tahu,aku cuma insan yang lemah disisiMu.Semoga semua pelajar SMK Sultan Yahya Petra 2 mendapat keputusan yang cemerlang dan sekaligus dapat membanggakan para guru dan mengharumkan lagi nama sekolah.In shaa Allah!.

Sekarang ini,ada yang takut untuk menerima result nanti.Begitu juga dengan aku.Mungkin juga ada yang tak sabar-sabar hendak menerima result.Yang penting sekarang ialah walau apa pun yang korang terima,semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.Redhalah dengan apa jua takdir yang Allah tentukan.
Semoga berjaya semua kawan-kawanku! Aku doakan korang mendapat keputusan yang cemerlang.Ye lah kan?siapa yang tak nak berjaya.Kalau tanya orang gila pun diaorang kata nak.*ops!sorry,aku ni dah lari dari tajuk dah ni.sehingga orang gila bagai.haha

Okey,sampai sini je dulu ya.Nanti dah dapat result,aku sambung balik ^_^.