Mudahnya buat Kek Batik.

Assalamualaikum, so pada entry kali ni aku nak share sikit cara-cara buat kek batik dengan mudah. Sebab apa aku kata mudah? Dah memang mudah, macam buat cekodok je. Haha

Jadi, bahan-bahan yang diperlukan ialah.

Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan gula pasir.
2 role biskut marie.
1/2 butter.
2 cawan air panas.
1 biji telur. *takde dalam gambar*
1cawan susu pekat manis.

Haaa, dah. Itu je bahan dia. Sikit je kan?
Next aku nak share cara buat pulak. Hehe,lepas ni korang pasti terkejut sebab senang sangat cara dia.

Cara buat kek batik:
1. Campurkan serbuk koko, gula pasir dan air panas serta kacau hingga sebati. (Macam buat air milo o)
2. Panaskan kuali (gunakan kuali yang bersaiz besar sikit supaya senang nak gaul).
3. Masukkan butter ke dalam kuali hingga cair.
4. Masukkan campuran air koko tadi sambil kacau perlahan. 
5. Masukkan susu pekat.
6. Masukkan telur sambil kacau sehingga telur hancur sepenuhnya.
7. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Dan gaul sehingga semua biskut disaluti coklat.
8. Matikan api dan tuangkan kesemua campuran ke dalam bekas atau dulang.
9. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Selepas beberapa jam, sudah sedia untuk dimakan. Rasanya pasti enak :')

Texturenya tak seberapa tapi rasanya sedap. Takde masa nak hias ke apa ke. Aku lapar masa ni. Haha xD okay lah byee