Cuti SPM

Assalamualaikum dunia,
Dah lama aku tak update blog ni. Dah berhabuk gila dah ni. Sakit tekak aku sedut habuk. Haha okay pada entry kali ni aku nak story sikit pasal cuti SPM aku.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2014 yang mendapat keputusan yang cemerlang dari straight A's sampai lah yang takde A. Cemerlang dalam SPM tak bererti cemerlang dalam hidup kan? So jangan bersedih teruskan usaha anda selagi anda bergelar seorang students. SPM itu hanyalah permulaan untuk kita menjadi seorang yang berjaya.

Memandangkan aku pun SPM leavers macam korang semua so aku nak tanya lah jugak apa benda yang korang buat masa cuti lepas SPM? Mereput macam aku jugak ke? Haha aku terperap je dekat rumah memanjang. Sel-sel otak pun tak berkembang. Masuk Uni nanti tak tahu lah nak jadi apa. Tapi, selain mereput dekat rumah tu ada la jugak benda yang bermanfaat aku buat. Contoh buat lesen memandu. Alhamdulillah aku lulus ujian memandu pada 30 mac lalu. Haha jangan jealous. Yeayy lepas ni boleh la aku bawak kereta. Tu pon kalau parents aku bagi lah. Tapi biasanya diaorang tak bagi. Biasanya lah. Sayang benor mereka dekat aku kan? Haha aku kan cute gitu. Lol xP

Okay nak dipanjangkan lagi cerita, pada 24 mac hari tu aku ada hadirkan diri ke SAC JPA-MARA. Dekat IPGKKB je. Haha bunyi dekat tapi jauh la jugak dari rumah aku. Makan masa 1 jam setengah tak silap aku or maybe 2 jam sebab jalan jam. Apa itu SAC? SAC bermaksud Student Assessment Centre. Alaa benda ni lebih kurang interview la. Tapi dia tak panggil interview. Apa yang berlaku dekat sana? Okay, SAC ni dia macam interview berkumpulan. So siapa yang tak rebut peluang memang chance untuk dapat scholarship tu macam tertutup la macam aku. Aku menyesal gak sebab tak cakap banyak masa SAC tempoh hari. Bukan kerana aku taknak bercakap cuma orang lain memang annoying gila kut duk pakat berebut nak bercakap. Disebabkan aku ni "baik hati" sangat, aku bagi je la diaorang cakap banyak2. Entah apa yang diaorang cakap pun aku tak faham. First, SAC ni ada 2 modul. Satu untuk BM and satu lagi untuk English. Masa yang diberikan ialah 3jam. Bererti 1 jam setengah untuk BM and 1 jam setengah lagi for English. So dalam masa 1 jam setengah tu, panel akan beri satu tajuk untuk 2 group tapi soalan bagi tajuk tu berbeza untuk setiap group. Biasanya diaorang bagi topik pasal masa depan ah. Sebab apa aku kata "biasanya"? Sebab bila aku tanya kawan2 aku, diaorang pun cakap benda yang sama tapi tajuk dia lain ah. Macam aku, aku dapat tajuk Sistem pengangkutan 2040. Okay, lepas panel berikan topik tu, korang kena discuss dalam group and catat isi-isi penting yang korang nak present nanti dekat kertas mahjong. Kertas tu korang tak payah bawak la. Pihak JPA dah sediakan. Cuma kalau korang nak bawak pun bawak la benda yang berguna macam colour magic or something like that untuk touch up hasil kerja korang dekat kertas tu nanti. Satu benda yang aku nak korang take note, masa discuss dalam group tu korang kena berebut untuk bercakap. Sebab apa? Sebab para panel akan cuba nilai korang dan beri markah pada korang masa tu. Jangan main ea. Nasib aku kurang baik sebab aku dapat panel yang tegas gila. Yang BM la. Yang english okay je cool gitu. Aku kelu gila masa presentation SAC BM. Tengok muka panel tu pon aku dah meluat. Haha *jangan bagitau orang lain aku ngumpat pasal dia*. Okay next, masa present korang cubalah cakap sebanyak yang mungkin. Nasib aku malang jugak dekat part present ni sebab panel yang aku ngumpat tadi tu tiba2 suruh aku bercakap. Masa tu aku blank gila. Dia tanya lain aku jawab lain. Benda ni berlaku sebab masa discuss tu group aku dapat 2 soalan. So kitaorang bahagikan lah 3 orang buat soalan 1, 4 orang lagi buat soalan satu lagi. Disebabkan kesuntukan masa, kitaorang tak sempat nak gabungkan jawapan bagi kedua2 soalan tadi. Kesian kan? Allah knows everything :') So lepas presentation tu ada sesi Q&A. " Question & Answer" tak silap aku. Benda ni lebih kurang macam dekat dalam rancangan Pencetus Ilmu gitu. Students from group satu lagi ajukan soalan dekat group kita then ahli group kita akan jawab. Tak pun panel sendiri yang tanya. Paling menyayat hati bila panel tanya soalan pelik-pelik!! Okay stress. Haha lepas sesi Q&A tu tamat ah SAC tu.

So dalam cuti aku, 2 peristiwa ni je lah yang syoknya. UKCG aku tak dapat pergi sebab tarikh yang aku dapat sama dengan tarikh test JPJ. Dekat sini pun aku bernasib malang jugak. Jadi kesimpulannya cuti aku penuh dengan nasib malang. Hahaha setakat ni je lah entry aku kali ni. Lain kali aku update pulak. Mungkin bila aku dah dapat masuk Uni nanti. Doakan aku dapat masuk UIAM tau. Hehehe assalamualaikum. Semoga bertemu kembali.

Alhamdulillah aku dapat 9A 1B+. Takpe lah tak dapat straight A's pun. Rezeki masing-masing kan :')