Result Dah Dapat!

Assalamualaikum!

Baca tajuk pon dah tahu macam gembira je kan?haha.Post kali ni ialah sambungan bagi post ni.Seperti yang dijanjikan,aku akan bagitau result aku..Sebenarnya aku ni taklah pandai sangat.Dekat sekolah pon duk dalam kelas yang terakhir.Tapi,bagi sekolah aku depa tak kira kelas.Bagi mereka semua kelas sama je sebab semua yang masuk sekolah tu dapat 5A n 4A paling minimum.Aku dapat 4A je pon dalam UPSR dulu..Tak pe lah tak penting pon.Yang penting sekarang result PMR aku lebih dari UPSR dulu.

Hari ini hari rabu bersamaan 19.12.12 iaitu hari yang dinanti nantikan oleh semua pelajar batch'97 yang mengambil PMR.Aku tau depa semua konfirm ada perasaan nervous,takut,tak sabar,nak nangis,berdebar pon ada(bukan nervous dengan berdebar benda yang sama bukan?).Haha,lantak lah apa pon janji depa ada perasaan cenggitu.Okay,meh aku story pada pagi haritu.*sory lah sangat ek,aku memang tak pandai nak story mory ni.Pada pagi tu,macam biasa lah aku.Bangun pagi solat subuh then sambung tidur balik*Hehe,tolong jangan contohi aku.Lepas tidur tu aku bangun balik,mandi then turun pecah laju(breakfast la pecah laju tu).Next,aku terus bukak laptop..Maklumlah,mama aku ada meeting.Terus je aku conquer dia punya lappy..haha,Punya lah berdebar time tu sebab lagi satu jam lebih-2 result dah nak keluar.

Aku apa lagi,tweet benda yang datang dalam kepala aku je la..haha.*er,aku banyak gelak eh?memang aku cenggitu :P..Okay,disebabkan terlampau nervous,aku mula berIstighfar banyak-banyak..Then,still tak tenang lagi.So,aku pergi ambik wudhu' then buat solat sunat dhuha..Alhamdulillah,tenang sedikit selepas daripada tu.Then,aku pon sambung main laptop..

*nasib baik aku toleh ke arah len,haha..so,korang tak kenal aku!Wekk :P*

*yang ni gambar yang dalam paper,aku tak beli pon.Terjumpa dekat facebook.Entah sape yang upload,haha*

Tepat pada pukul 10.03,aku check la result aku melalui SMS.Punyalah lama dia nak reply,aku tunggu nak dekat setengah jam baru sampai.Masa mula-mula baca mesej dia,aku rasa macam tak percaya je.Aku takut lah depa tipu ka tak betul ka..Sebab itulah nervous aku masih ada lagi.Then,aku pergi bersiap sebab masa tu sudah pukul 10.30 pagi.Aku pergi ke sekolah pada pukul 11.Tiba-2 je dekat sekolah,cikgu dah panggil nama..Sampai-sampai je dekat dewan,aku dengar cikgu panggil nama "Nur Zarith Alia Bt.Mohd Zamri"..haha..Actually,aku tak tau lagi yang dia panggil nama tu pelajar yang dapat straight A.Tunggu punya tunggu,cikgu panggil jugak nama aku..Hehe,punyalah ketaq nak pergi ambik result.. -_-"
Aku bangga walaupun aku budak kelas terakhir,tapi aku mampu mendapat straight A.. :D,Alhamdulillah ya Allah!

Selepas sahaja ambik result tu,cikgu arahkan semua pelajar yang mendapat straight A untuk bergambar.
Rupa-rupanya,ada wartawan dari akhbar sinar harian datang..Ohh mann~ malu den!..haha,Nak buat acano?dah cikgu suruh kan..Posing je la..haha lol xD.*bajet posing..padahal malu nak mampos!
Okay,yang gambaq dekat ataih tu betul la tu..tapi,yang tu budak sekolah aku yang ambik..Yang dekat paper pon ade dekat atas jugak.Sory lah,ade problem sikit.Tak pandai nak adjust gambar tu supaya duk dekat bawah. -_-"

Okay,sampai situ jelah.Malas aku nak ceritakan lebih lanjut,entry ni pon aku buat dua hari baru siap.Kepada cikgu-cikgu semua,terima kasih for everythings!Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila.. :D
Lastly,aku nak ucapkan tahniah kepada semua 64 pelajar SMK Sultan Yahya Petra 2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR..

#Harap maaf bagi penggunaan "Aku" kepada yang lebih berumur ^_^

Assalamualaikum!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ^_^