Pernahkah Anda Mencintai atau Dicintai?

Sebagai manusia normal perasaan untuk memiliki pasangan hidup memang terdetik. Tetapi pernahkan kita mencari makna disebaliknya?. Makna mencintai dan dicintai. Mencintai si dia memang mengembirakan tetapi kadangkala mencintai boleh mengakibatkan seseorang menderita. Kadang-kala dicintai itu lebih indah dan bermakna dari mencintai kerana hati ini akan selalu menjadi perhatian si dia.

Cinta tu menjadi hambar sekiranya perasaan hanya menjadi mainan. Sebab ianya bukanlah cinta tetapi cuma sandiwara palsu belaka. Pernahkan anda menunjukkan perasaan cinta terhadap si dia?. Jika benar, apakah buktinya?. Adakah cinta yang dimaksudkan sekadar pandai menyebut "i love you". Ternyata itu salah dan bukannya cinta kerana cinta itu perbuatan dan kata-kata yang dilaksana. Jadi, tidak perlu mengharap jika pasangan anda cuma meluahkannya hanya sekadar syarat pasangan bercinta sahaja. Lebih baik mencari makna cinta yakni belajar mencintai seseorang dengan ikhlas kemudian barulah merasa hakikat dicintai.

Cinta yang halal hanyalah melalui sebuah perkahwinan. Cinta sebelum berkahwin adalah palsu belaka. Jadi, adakah anda sudah merasa dicintai atau mencintai seseorang?. Jika begitu bawalah pasangan anda menuju sebuah perhubungan yang diredhai Allah iaitu mahligai perkahwinan

P/s: Apakah definisi cinta dimata anda?