Kau Pasti Dia Jodoh Kau?

Pernah tak kau rasa macam down gila bila kau dikecewakan, rasa macam koyak rabak gila hati ni dengan sikap dan kelakuan seseorang yang kau anggap 'cinta'? Rasa sedih. Pedih kat hati ni?



Bila ditafsirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia tu sendiri yang tak cuba berfikir panjang. Bila kata-kata sudah tak seiring dengan rasa, bila pemikiran diselit dengan keraguan, dan bila akhirnya kita terluka, senang je kita buat konklusi semua yang berlaku ni sebab apa yang kita rasa. Then kita salahkan orang lain atau salahkan perasaan kita sendiri. 

"Ni semua salah aku! Bodoh lah aku ni! Kalau aku tahu semua ni akan jadi, aku akan minta semoga aku dengan kau tak dipertemukan oleh tuhan!"

Rasa kecewa bukan?
Heh. Ayat yang cliche sangat.

Aku rasa semua manusia kena belajar macam mana untuk merasai manis dan pahit dalam setiap yang mendatang, yang baik atau yang buruk. Kerana masalahnya begini adalah disebabkan kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang terlalu tinggi. Well. Tolong jangan letak harapan terlalu tinggi pada sesuatu perkara! Kalau kau jatuh, peritnya memang umphhh lah yang kau akan rasa nanti. "You may not be able to control every situation and its outcome, but you can control your attitude and how you deal with it."


Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Aku tak menidakkan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Rasa disayangi. Rasa dicintai. Siapa yang tak suka disayang kan? Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap kejadian yang menjadi pinjaman dunia semata. Kelakar juga bila dapat tahu perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. Manusia. Biasanya macam tu.

Ini bukan sekadar peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa. Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. Aku tak maksum untuk jadi seorang yang perfect dalam kehidupan aku untuk yang sekarang ni.

Tapi serius ni aku tanya?
Pernah terfikir tak si dia yang kau dambakan tu
mungkin bukan kau punya? :)



 Dah bersedia? Jangan lupa. Tuhan tu bila-bila masa boleh tarik perasaan sayang, suka, cinta, rindu tu.
So. Get ready dan buat apa yang patut. Buat apa sekadar yang perlu. Kunci dia? Senang je.

Solat Istikharah. InsyaAllah. (: Kau akan dapat jawapan untuk segala persoalan kau tu.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

Credit to : Azwa